Quantcast
Channel: AKADEMI PERUBATAN ISLAM NUR SYIFA`
Viewing all 209 articles
Browse latest View live

PESAKIT DI RASUK JIN YG SUKA PADANYA

$
0
0
30/10/2016 -Ketika pesakit sampai, nampak mcm takde apa2 sakit cuma lemah tidak bermaya tetapi mulutnya terkunci, di kunci oleh jin jantan untuk menutup tindakannya. Namun sebelum pengsan pada siangnya, pesakit sempat message kawannya akan keadaannya yg sakit dsn tak boleh buka mulut.

Seperti biasa pesakit di suruh baring dan di beri selimut. Tiada bantahan darinya dan pesakit seolah tidur lena. Selepas berdoa dan berzikir, pesakit mula seperti sedu tetapi perlahan sangat. Tiada effect apa2 pada pesakit. Rehat sekejap.

Rawatan kedua...saya bacakan surah Al.Mulk dan As Sajdah. Kakak pesakit mula tiba bersama tunangnya selepas di maklumkan rakan pesakit, terus datang kerumah saya. Di sini Allah SWT datangkan ilham bahawa pesakit di rasuki jin yg bukan sihir dan bukan saka.
Saya bertanya pada rakan2nya, adakah dia ada boyfriend? Pesakit dan rakan2nya adalah pelajar University berdekatan dan di bawa oleh pelajar saya jurusan Syariah yg sentiasa mendapat perhatian kes2 sebegini setelah perawat2 dari kumpulan lain sering gagal menangani kes2 kronik mcm ni. Rakan2nya tersenyum2 simpul malu nak menyatakan.

Saya menerangkan tapak University tu dahulunya tempat tinggal jin2 dan kini juga dan firasat saya mengatakan jin yg merasukinya tidak berniat jahat tetapi menyukainya. Baharu kawan2nya mengerti dan mengatakan tak pasti sebab pesakit tak byk cakap. Tetapi mereka ingat ketika pesakit di rasuk pada tahun lepas, jin dlm badannya mengatakan dia menyukai pesakit.

Kakak pesakit menyatakan dahulu ada kawan, sekarang tak tahu sejak belajar di University ini. Pesakit orang Kelantan Pasir Mas , bernama Wan dihadapan namanya bermakna dia ni kerabat Sayyid Hussin Jamadil Kubra. Menurut kakaknya mereka adik beradik semua kena tetapi adiknya ni yg paling teruk, saka katanya.

Saya mula menyentuh telinganya dan ada tindakbalas. Nampaknya jin2 ni nak kena usir cara keras. Saya tidak menyentuh badannya pada awal dan cuba mengelak kerana pesakit wanita malah keadaannya lemah juga kerana di rasuk dari pagi sehingga asar.

Setelah memberi tindakbalas, saya munajat dan di beri firasat tempat duduknya dimana. Dengan hanya menggunakan jari dan tapak tangan menekan pada tempat2 tertentu, bukan guna KARATE-DO seperti sesetengah perawat yg malu alah pada orang sekeliling yg menonton bila jin2 itu asyik memaki hamunnya, tiada effect apa2 pada jin dengan bacaan ruqyahnya.

Menekan pada perut....jin itu mula menangis lebih kuat dari sedunya tadi. Mulutnya yg terkunci bersuara secara tidak jelas..." taknak tinggalkan dia". Tekanan di teruskan...jin2 itu hanya menangis2, takde le kena maki2 de. Tiba2 isteri ( Umi) bersuara dari dalam rumah, " tekan dadanya abe". Umi keluar sejurus anak balik dari syif kerjanya (syif petang ke malam) setelah menyerahkan cucu ...tugas memanggil.
Umi pula menekan2 di bahagian kepala, saya tekan di bhgn abdomen. Menangis merintih aje lah jin2 ni..." tak nak tinggal dia, nak jaga dia". Begitulah berlarutan sehingga pesakit semakin lemah dan diam. Rehat lagi....

Pesakit sedu lagi....." ado lagi"...kali ni ku sorang duduk di hujung kepala dan menyucuk2 belakang telinga dahi, mata dan tepi mulutnya. Ku suap air yg di doakan dgn sudu...mulut terbuka menandakan dia dah sedar dan barangkali kuncian mulutnya dah terlerai. Semasa penyiksaan terhadap jin2 itu tiada lah kami berkumat kumit membaca mantera atau ruqyah...hanya tusuk jari dan tekanan dgn tapak tgn shj...tiada bacaan apa2, hanya iktiqad bhw Allah SWT shj yg berkuasa memudaratkannya

Ku panggil kakaknya utk beri minum dan sapukan mukanya. Di bangunkan pesakit, dan tiba2 pesakit nak muntah. Muntahnya pesakit dlm sedar tanda sudah pulih sepenuhnya.

Rawatan berlangsung dlm 2 jam lebih. Bila berdepan dgn jin2 Islam, tiada masalah bagiku cuma mereka dapat bertahan lama tak seperti jin2 kafir...yg totally blank blur bila berdepan dgn ilmu haq..Sihir takkan mampu bila berdepan dgn Ilmu Haq, tiada perlawanan pun, tiada maki hamun pun malah mereka terpinga kehairanan, berapa ramai dah kononnya perawat Islam mereka permainkan.

Alhamdulillah setakat ni tiada lagi kes2 sihir dan saka yg tak dapat di selesaikan bila berdepan denganku. Tanda jelas perjalanan ku benar, ilmu ku benar warisan Pendita Adi Putra, sanadku benar kpd Rasulullah SAW dan faham ku benar faham dari Allah Azzawajalla.

Sesungguhnya utk meraih keredhaan dan pertolongan dari Nya, bantuan dari bala tenteraNya, kena berlepas dari syirik dgn iktiqad dan perbuatan. Jgn hanya pandai berkata2 mcm burung kakaktua...hakikatnya bila berdepan dgn jin2....kena maki hamun lalu penamat malu keluar jurus2 KARATE-DO ke tengkuk pesakit.

Ziarah pesakit Pengamal Besi Kursani di rumahnya.

$
0
0
2/11/2016 -Pesakit minta datang kerumahnya untuk merawat isterinya dan melihat2 rumahnya yg dulu sering di lihat bayangan di dalam rumah dan bunyi orang berjalan di bumbung dan di dengari juga oleh jiran2.

Oleh kerana rumahnya dekat2 aje, selepas kerja terus ke sana. Orangnya kreatif, rumahnya di renovate sendiri dgn hasil tangannya sendiri dan dari bahan2 terbuang dari projek2 mega. Hasil seni tangannya terserlah pada hiasan dalaman dan perabot kayu yg di buatnya sendiri. 

Belakang rumah di bina tembok tinggi dan beratap serta di bina taman bersebelahan dgn pokok2 bonzai , karpet rumput dan para gazebo . Tempat tidornya sekian lama setelah gangguan ini menghantuinya selama 3 tahun.

Setelah isterinya bersedia, masih dalam pantang meriba bayi se usia 3 minggu. Berbaring dan rawatan di teruskan. Pesakit duduk di kerusi melihat2kan bayi yg sedang tido.

Si isteri tiada kesan apa2 tetapi pesakit yg pecah angin...sendawanya kuat. Sambil tangan kanan di kepala si isteri, tangan kiri Ironman menghala kpd pesakit dan menembaknya dgn jurus makrifat. Sendawa makin menjadi2 , kelihatan seperti mahu keluar harimau dampingannya.

Setelah selesai proses rawatan isteri tak sampai 10 minit, ku panggil pesakit dan ku suruh duduk di depan membelakangkanku. Ku letak tapak tangan di belikatnya dan menjurus terus menerus. Sendawa pecah anginnya semakin berkurangan dan perlahan.

Tiada bacaan apa pun...hanya zikir di hati . Dan tangan memainkan peranan sebagai senjata terhasil dari NIAT YG BERKAEDAH sepertimana Asif Barkhiya.

Akhirnya dia kendur...tiada lagi sendawa. Kami keluar semula ke belakang rumah berbual. Katanya selepas 3x rawatan, tiada lagi gangguan2 di rumah dan sakit2 akibat serangan pun makin berkurang.

Gurunya yg dtg top up pada hari berikutnya selepas pertama kali rawatan pun tiada lagi menjelma selepas saya tarik segalanya pada rawatan kali kedua.

Sambil bersembang dia beritahu pernah di beri buku Amalan Benteng Mukmin utk di amalkan hmmm...bertambah2 bahananya. Ku minta buku itu dan suruh tinggalkan segala amalan2 yg menuntut kaifiat dan kehebatan ini. Beramal biar dgn ikhlas , dan tundukkan nafsu dgn berpuasa serta raihlah redhaNya dgn Solat Sunat d mlm hari tatkala orang lain lena di ulit mimpi2 indah.

Dia beritahu ramai kawan2nya sakit sepertinya akibat dari perkara yg sama. Nanti dia akan bawakan seorang demi seorang.

Selepas solat maghrib berjemaah bersamanya, ku beredar pulang.

JIN CABUT LANGKAH SERIBU

$
0
0
2/12/2016 -DI datangi pesakit gangguan sihir berumur 50an bersama keluarganya yg di bawa oleh pelajar saya seorang guru Quran ( sanad tertinggi ke 28 ) lulusan Sarjana dari Tanta Mesir.

Pesakit kelihatan di ganggu semasa berada di rumahnya malah setelah di rawat pun nyata gangguan tu masih ada. Diganggu masa Solat dan masa di rawat jin2 itu memalingkan muka shj sambil tersenyum. Setelah bertanya, dpt di kenal pasti puncanya dari mana iaitu hasad dengki manusia. 

Bermula pertemuan itu asalnya pesakit nak berubat dgn orang lain tetapi memandangkan pelajar saya dpt merawatnya , niatnya mencari perawat itu terhenti.

Namun bila pulang gangguan itu datang kembali , pelajar saya mencadangkan dtg berjumpa saya utk rawatan susulan dan dia setuju. Bila saya memberi persetujuan dan dia memaklumkan kpd isteri pesakit, pesakit berkata dia melihat jin2 itu terus pecut langkah seribu, nampak jin2 itu memasuki gua yg gelap di ikuti asap hitam yg tebal di belakangnya.

Baru diberitahu nak jumpa saya dah buka langkah seribu. Sebelumnya bukan main lagi mengugut pesakit dgn mengatakan " engkau takkan dapat beribadah dan baca Quran lagi". Pesakit rupanya seorang Imam dan Pengerusi Pasar Tani....dan nyata gangguan ini ada kena mengena dgn jawatannya.

Dtg kerumah saya memang dah kosong tubuhnya dari jin2 itu. Lari sambil terkincit gamaknya. Saya terapi zikir membersihkan salur darahnya dari bekas2 kotoran jin dan apa shj kotoran makanan yg berlebihan di dlm uratsarafnya.

Kata isterinya, tapak pasar tani tempat perniagaannya pun spt berpuaka kerana setiap kali dtg berniaga dia pasti sakit. Kebetulan pasar tani tu pada keesokkannya dan saya menyuruhnya berniaga semula, kalau sakit lagi terus datang jumpa.

Sekarang sudah menghampiri waktu Asar, tempoh berniaga hanya sampai tengahari. Mudah2an ...jin2 itu tidak memunculkan diri lagi kalau enggak mau nahas di bakarin dan di penjara.

IMAM DI SERANG SIHIR VOODOO

$
0
0
3/12/2016 -Mendapat panggilan bahawa Imam yg di ganggu Jin tu dalam perjalanan datang kerana mengalami badan panas yg melampau. Katanya gangguan2 jin tu dah takde tetapi selepas makan dan Solat isyak tetiba badannya panas macam di bakar .

Sampai je pesakit, saya menyuruhnya berbaring dan terus memulai terapi zikir. Bila pesakit mula kelihatan semacam merengek memanggil isterinya, saya mula menekan point2 tempat duduknya jin2 itu. Nyatanya dia terdiam sekejap tetapi jin2 tidak bangkit. Jelas tiada lagi jin2 dalam badannya.

Saya mulai membaca Surah Yaasin dengan tenang sehingga selesai, pesakit masih macam tu. Pesakit kata nak muntah tetapi tak boleh keluar lalu saya doakan air utk minum. Beliau ada muntah tetapi tiada isi perut keluar. Beliau akhirnya ke bilik air bila merasakan mcm muntah yg byk ingin di keluarkan tetapi masih sama. Namun panasnya dah berkurangan.

Saya.minta baring semula utk di terapi zikir sekali lagi. Keadaan sama juga, akhirnya dia bangun dan duduk mengadap bertanya, " apa benda ni ustaz?"

"Mengikut pengalaman saya, ini sihir voodoo? Dia membuat patung dan membakar patung itu dgn mengibaratkan tuan lah patung itu yg di bakarnya." Kataku. "Apa yg tuan nampak sekarang?"

"Seorang lelaki berkemeja sedang membakar sesuatu" katanya. " Lihat lagi selanjutnya" kataku. "Saya masih di sana ustaz". Tambahnya.

"Baik. Sekarang bertawasul dan panggil saya kesana." Kami sama2 diam seketika , saya membayangkan pergi kesana dan menyerang penyihir itu".

" Ustaz datang dan menyerang dia sampai terduduk dia ustaz".

" Sekarang panas lagi?" Tanyaku.

" Takde dah ustaz".

Selesai...kami pun bersembang bab2 kefahaman dalam agama dan salahlaku ajk masjid sepertimana yg saya post di tulisan terdahulu. Dia menyetujui segalanya kerana selaku Imam Masjid, tidak lah dia perlakukan jemaah spt mana yg saya nyatakan.

Bab2 ulama suuk juga dia menyetujui pendapat saya kerana ada pernah penceramah yg di panggilnya bercerita tentang pelajar2 kita di University Islam di Timur Tengah bergurukan perempuan Yahudi berskirt pendek mengajar Ilmu Hadis.

Akhirnya sebelum pulang, dia bertanya, " kelas ustaz jumaat malam kan?". Saya tersenyum, " ambil nombor saya dan tanya dahulu, adakala saya ingin berehat juga".

Jam menunjukkan pukul 12.30 mlm. Seluruh ahli keluargaku dah tido...aku pening2 lalat menunjukkan bp 180/100 mcm selalu. Rehat.

SAKIT AKIBAT RUQYAH SYIRIK

$
0
0
4/12/2016 -Seorang wanita menelefon meminta merawat anak saudaranya yg kerasukan sejak di ruqyah perawat Islam di Melaka.

Beliau tanpa usul telah mengikut kawan yg mengajaknya utk berubat disana dengan membawa anak saudaranya sekali yg baharu berkahwin.


Beliau ada bertanya perawat itu, belajar merawat dgn siapa? Dengan bangga perawat itu jawab, guru pertamanya Arwah Harun Din. Naik seriau dah jiwanya sebab tahu Pusat Rawatan ni byk masalah....gurunya pun bermasalah. 

Bila dirawat, ada proses dia di sembelih oleh perawat tetapi jin tu tak mati2 pun. Anak sedara nya yg takde apa2 pula di katakan ada gangguan. Dan bila di rawat, kerasukan pula dan menyebut2 nama ibu tirinya. Kerasukan itu berlarutan dan dia sendiri tak dpt pulihkan. Di suruhnya pulang membawa orang yg disakitinya itu dlm keadaan terasuk. 


Ada juga manusia gini yg mengambil kesempatan menipu daya. Konon scan tetapi hanya bisikan syaitan. Membaca ruqyah membawa jin masuk ke badan orang yg sihat malah memfitnah pula manusia yg tak berdosa utk huruharakan hubungan keluarga. 


Sejak itu pesakit ini sentiasa dlm keadaan yg tidak menentu....asal2 sihat jadi kerasukan. Suami nya pun takut meninggalkannya sorang2....di tempat kerja pun fikirannya kacau. Gara2 kemasukan jin akibat ruqyah syirik ajaran sesat wahabiyyah. 


Saya terapi zikir keduanya....tiada apa2. Tak bangkit pun jin. Jin memang tak mampu berdepan dgn ambo. Kalau jin ruqyah tu awal2 dah lari.....cari nahas la berdepan dgn ambo yg hina dina di sisi manusia ni apatah lagi disisi Allah Azzawajalla. 


Ambo pesan kalau berlaku lagi seperti itu terus datang je.....tgk jin2 tu berani tak. Ambo nak hantar pulang kerumah perawat tu.

IMAM DTG BAWA ANAK ISTIMEWANYA( BERKAWAN DGN ROH)

$
0
0
5/12/2016 -Imam yg dah hampir pulih dari serangan sihir voodoo datang lagi membawa anak perempuannya seperti di janjikan.

Berusia 17 tahun tetapi berakal kanak-kanak 10 tahun. Memasuki kelas anak istimewa kerana kelembapan akalnya menangkap pembelajaran. Tetapi istimewanya kata Imam , dia pandai mengaji dgn hafalan bukan dgn pembacaan kerna tak tahu membaca. Istimewa sungguh.

Keganjilannya kerana menyendiri dan bercakap sorang2. Bila ku terapi tiada jin yg bangkit dan jelas bukan gangguan jin. Ku ajak nya berbual.

"Adik sembang dgn sapa?"

"Kawan la"

"Jin atau bunian?"

"Iblis!"

" Macamana pakaiannya?"

" Putih...ikat di kepala mcm pocong" . "Mukanya bercahaya"

"Itu bukan Iblis, itu Roh ya dik! Yg mati sebelum ajal"

"Adik dah cakap tak suka kawan dgn dia, suka dok tepi tingkap ajak borak. Mak marah"

"Cikgunya pun tak percaya cakapnya ustaz" kata ibunya.

" Lempang je cikgu tu. Punca sekolah histeria pasal cikgu2 baghal macam ni la. Didikan Wahabi"

"Nanti adik lukis gambarnya dan tanya namanya" katanya.

"Adik memang istimewa...kalau abah boleh ngubat ni, adik boleh tolong byk ni" kataku.

" Saya mcm ni tak mahu ustaz tgk benda2 mcm tu" Sampuk Imam. " Subuh tadi saya rasa tenang sangat.

Lama dah tak rasa ketenangan seperti ini cuma Asar tadi lain macam sekejap tapi dah ok dah".

Hari pertama jin terus cabut dengar nak jumpa saya. Hari kedua, disihir voodoo....dibakar hidup2. Dgn bertawasul dgn nama Rasulullah, dgn izin Allah SWT dan dgn perintahNya, Roh saya membantu dgn menyerang terus rohaniah penyihir tersebut. Musnahkan segalanya.

Alhamdulillah ....hanya 2 kali rawatan . Tiada lagi serangan balas. Kini muncul cerita anak istimewanya berkawan dgn Roh yg belum mati ( mati suri) kerana kemalangan.

" Budak tu mati accident motor kat sekolah" kata adik tu.

"Memang kawasan rumah makcik kawasan kerap berlaku kemalangan." Kata ibunya.

Nasib baik Roh itu cari kawan istimewa yg innocent, sebab roh itu pun manusia mukmin dari pancaran cahaya di wajahnya. Sedangkan dia lah pocong yg ditakuti manusia fasik , dan selalunya dia mengusik manusia agar mati bersamanya dan dapat ramai kawan2 hantu pocong.

Kerana ada pesakit lagi yg dtg bersama mereka , kawan sekampung dan pesakit ambo yg dah janji lama baru dapat datang, mereka minta beredar.

Jam 12.11 mlm......bila nak cukup tido nih hmmmm.

2 Bulan darah haid tak berhenti.

$
0
0
9/12/2016 -Alhamdulillah, baru dapat message dari suami pesakit, darahnya sudah mula berhenti harini selepas 6 hari rawatan.

Ke klinik sudah ke hospital pun sudah, tiada rawatan cuma ubatan dadah-dadah terkawal yg di berikan, itu pun tiada kesan.

Kalau penyakit pelik-pelik memang gitu, sudah dpt pengesahan hospital yg mereka pun tak tahu punca dan tiada kaedah dpt merawatnya, baharu mula mencari alternatif.

Nasib baik pasangan ini menjumpai perawat yg betul-betul Islamik bukannya bomoh yg menawarkan rawatan Islam yg meruqyah dan menggunakan barang2 pelik2 yg tak masuk akal. "Ada ke perawat Islam suruh bakar batu....dah padam , masuk peti ais". "Merawat dlm gelap". "Guna garam halau jin". " Sembelih jin" mcm2......Nabi kita ada ajar camtu ke?


Tetapi ada juga pesakit yg ditakdirkan tidak sembuh.....yg ni dtg nak cuba2, dah habis ikhtiar mana2. Dan ada yg parah di kerjakan kat hospital baharu nak beralih arah.

Bila saya betul2 nak tolong, suruh datang semula, takde pulang datang, msg pun tidak. Bila dilihatnya rawatan hanya menggunakan gelombang zikir dan tapak tangan shj. Mencari kerana terdesak bukan yakin dgn kaedah yg saya gunakan. Mungkin kerana kurang yakin itulah tiada kesan apa2....Allah SWT dah tunjukkan. BUKAN SEMUA ORANG PERLU DI TOLONG, BIARKAN LUNCAI DGN LABU-LABUNYA. KALAU BERPATAH BALIK PUN TIDAK KU TERIMA.

Ada satu kes orang tua yg selalu berulang, sanggup ambil teksi dtg kerana anak2 sibuk manjang. Suatu hari gi berubat di Melaka, di tanya dek tok bomoh tu, " sebelum ni berubat di mana?" Then kata bomoh tu, "dah betul dah orangnya, takyah jumpa saya. Orang tu boleh ubatkan pakcik" setelah di scan nya saya.

Yg benar2 mencari ilmu haq, yakin walau byk kali tertipu dgn perawat temberang, namun ikhtiarnya masih berterusan. Solat, munajat...akhirnya ketemu jua

SIHIR DARI IBU TIRI KERANA HARTA PUSAKA.

$
0
0

11/12/2016 -Hari ni dapat panggilan dari sahabat , seorang tabib handalan dari Kadok Kelantan, untuk menolong merawat seorang pesakit remaja lelaki berusia 24 tahun yg katanya benci melihat ibunya, mahu di tendang ibunya bila berhadapan. Wahhh...bila mendengar anak memukul ibu, angin ku mula bergelora.

Mlm ni malam kenduri tahlil utk arwah ibuku, selagi ada orang tua dan sedara-mara di kampung, majlis sebegini dapat mengumpulkan ahli-ahli keluarga sekali-sekala kerana bila orang tua kita dah takde, sedara-sedara dah jarang bertandang, kita pun nak balik kg selalu pun, orang tua dah takde. Elok juga di anjurkan buat merapatkan silaturrahim dan berbuat amal hadiah buat kedua arwah ibu dan ayah.

Janji dengan sahabatku selepas majlis kami kesana. Lokasinya di dalam Rumah Kebajikan Orang-orang tua bersebelahan Penjara Pengkalan Chepa dan IPD.

Sampainya ke lokasi tuanrumah, bapa kepada pesakit menyambut kami dan kelihatan jalan terhenjut. " Geliak mitah anok lari takdi" katanya. Terseliuh bila cuba mengejar dan menangkap anaknya yg sakit cuba melarikan diri.

Ku lihat anak itu tenang sahaja, memandangku dan sahabat tanpa rasa takut. Firasatku, tiada jin padanya sekarang. Namun puak2 ruqyah ni, ada yg menasihati suruh berguru denganku, mereka enggan dan takkan mahu...kerana jin2 didlm tubuh mereka takut dgnku. Najis dgn kek takleh beza tapi konon nak cari ayat2 yg lebih power utk menghadapi kes2 histeria kronik. Dah buta hati buta lah mata.....buta di dunia buta juga di akhirat. Aku takkan terima puak2 ni selagi mereka tak bertaubat dgn sebenar2nya. Bukan takde pengalaman sebelum ni, budak2 ruqyah ni buat onar dlm jemaah....jin dlm badannya meroyan kepanasan, kita pulak di tuduhnya sesat. Walhal mereka byk kes2 takboleh selesai sedang dlm jemaah ramai kesaksian melihat kaedahku mudah shj dan tak lama...tiada menjerit2 baca ruqyah pun dan pesakit pun tidak meroyan sampai 5-6 oramg kena pegang. Terus lembik dan menyerah.

Ku suruh pesakit baring, tiada bantahan. Terapi di mulakan, pesakit tenang2 aje....ku hentikan rawatan. "

Takde pun dlm badan ni....takdak jin" kataku.

Pesakit ni sebelum ni di rawat sahabatku 2 hari lepas tetapi harini ber onar kembali. Mereka nak buat rawatan ulangan tetapi sahabatku berkata, " Takyah datang sini, ambo gi sano. Ada urusan dekat rumoh demo bebetule".

Sahabatku minta panggilkan adiknya. " Cuba tgk ada lagi tak dlm badan abangmu?". Anak lelaki ada 3 dan sorang pompuan. 2 drpd mereka terbuka hijab , yg di panggil dan yg dirasuk.

" Takde......". "Tadi ada kat luar dan atas bumbong".

"Cuba panggil" kataku.

Selepas mencuba....." tak nampak kat mana2 pun"katanya.

"Ada ketikanya jin tu masuk dan dia marah sungguh dgn mak"" Tgh kepala serabut mikir hal kerja dan motornya yg hilang, mula jin tu masuk"

Abangnya pula mencelah..." dia kalau di tanya banyak2, dia naik angin, mula la benda tu masuk".

Jeng..jeng...ku nampak jalan dah macamana nak suruh jin tu masuk. Hatiku menyuruh-nyuruh mereka bertanya banyak lagi, biar si sakit tu stress.

Tiba-tiba ibunya bersuara..." mung nak maroh bakpo kat aku?". Nah...ibunya pula kemasukan jin perasuk itu.

"Aku benci ko mung anok beranok". "Aku belako hok buak mung anok beranok sakit.""Aku sendiri buat...aku tok bomoh kan...."

"Aku buat tu....buat ni....." kata siibu yg di masuki jin penyihir menceritakan onarnya. Hehehe....lum aku paksa dan seksa lagi dah ngaku awal-awal.

Si abang pesakit bersuara, " tahu doh...sebab tu mung maroh. Mu masuk kat adik aku sebab dia tahu kerja mung lamo doh". " Mung maroh do'oh sebab kami dah tau kan?"

" Tau pong. Pah bakpo takleh lawan aku? Aku bomoh handalan." Kaatanyaaaa....

Hok ni ambo nok dengarnya. Akuan penyihir handalan sebab dah 12 tahun dia dok sakiti ibu pesakit ni kerana harta pusaka. Jumpa ustaz ke tokbomoh ke....lum berjaya. Sakit hati tak habis2 aku bila bapaknya citer pasal Darul Syifa Kota Bharu. Dibaca2 ruqyah, di buat air...pastu suruhnya balik. Budak tu dok mcm tu.....kurang ajar.

Aku bagi isyarat suruh si ibu baring. Si suami arahkan..." senah..baring". Si ibu tanpa bantahan terus berbaring.

Dengan 2 Kalimah Syahadah, aku letakkan 2 tapak tangan di kepala. Aku doa minta pertolonganNya, aku zikir nama-namaNya Yg Agung (Ismullah Al Adzham).

Si ibu mulanya ketawa, then spt biasa aku tekan 2 jari telunjuk kiri dan kanan ke point utama. Haah...menangis. " Tadi kata handal, moh kita berentap" kataku.

"Aduuhhhh...sakit la weiiii". Menangis la jin penyihir jelmaan si ibu tiri si ibu pesakit. Aku tak kasi peluang......kalau ngaku2 handal baik manusia apatah lagi jin.....siap sedia lah. Aku kerjakan cukup2.....tak sampai 10 minit, si ibu mula ucap 2 Kalimah Syahadah berulang2. Sudah sedar.

Istimewanya 2 anak lelaki si ibu ini boleh melihat yg ghaib semenjak kecil...seperti kes anak Imam yg di sihir voodoo. Tetapi tidak dapat bersekolah biasa mcm orang lain kerana di sekolah pun dia nampak mcm2. Tak histeria pun tapi cikgu2nya tak caya pun benda2 ghaib ni.

Memang patut sekolah2 pun di ganggu mcm ni sebab cikgu2nya baghal . Kalau kes histeria, asyik percaya dgn Darul Syifa je. Di sekolah menengah pengkalan chepa berhampiran, sekolahku dahulu, 2 bulan kes histeria ni berlanjutan. Mana perawat handalan Darul2 yg ada? Konon nak cari lagi ayat2 ruqyah yg lebih power utk tangani kes histeria ni kata muridku seorang tabib juga tetapi angkuh tak mahu berguru dgnku ( aku pun tak mahu orang sesat masuk dlm jemaahku). Dulu pun 4 orang , orang Darul Syifa yg nak dtg berguru sesat jalan, di sesatkan Allah SWT pergi kerumah lain yg di nampakkan mcm rumahku. Walhal semasa aku pindah ke kajang, mereka lah yg menunggu dan menolong memunggah barang2 rumahku.

Sahabatku ni, isterinya dan anak2nya yg juga punya kebolehan istimewa dpt melihat dan berkomunikasi dgn yg ghaib , menyelesaikan masalah histeria di sekolah kawasan mereka dgn mudah. Tetapi apa kata cikgu2 sekolah sebelum tu......" Ustaz tersohor marhi belako doh.....nak suruh adjust dgn budak umur 5 tahun ni?"

Apa berlaku........sebelum pergi anak sahabat ni minta 2 kain kuning. Sampai kesekolah, anak ini di masuki Roh........"Aku Laksamana Hang Tuah.....". Seorang demi seorang budak yg di rasuk tumbang.....cuma 2 orang tak tumbang2 tetapi sedar. Rupa2nya komunikasi antara yg ghaib sudah berlaku.....2 budak yg tak tumbang ini keturunan Puteri Saadong.

Bila di ajak menyelesaikan masalah histeris di Sekolah ......dia menolak. Dia takkan pergi tempat ramai tumpuan, aku juga. Berbanding mereka yg nak mengambil peluang mencari nama.....biarlah si luncai....

Si bapa mahu kedua anaknya kami didik dan asuh jadi mcm kami. "Gi belajar dgn tabib Rosli sambil2 belajar buat murtabak sohor di Kadok" .

"Belajar dgn Hj.Wan Zul Al Qubra, belajar mengenal diri mengenal Allah Azzawajalla".

PESAKIT ULANGAN MELAPORKAN KESEMBUHAN

$
0
0

21/12/2016 - Rabu
Pesakit santau 2 beradik melaporkan perkembangan selepas rawatan dan memberitahu muntah sejurus meminum air yg di doakan bagi si adik dan pedih di saluran pemakanan . Si abang pula tersekat-sekat di dada tak mahu keluar. Kedua nya di terapi kali ke 2 dan merasa nyaman.
22/12/2016 - Khamis
Pesakit kulit seminggu lepas datang membuat rawatan ulangan memberitahu kulitnya semakin pulih dan kelihatan subur berbanding sebelum seperti tanah gersang yg merekah.
Pesakit yg di sihir sehingga kurus kering dan sakit kulit menyucuk2 memaklumkan bhw mlm sudah dapat tidor lena dan terasa bisa2 keluar dari hujung kaki.
Pesakit kanser paru-paru (yg di sihir) dari Ipoh setelah 3 kali rawatan memaklumkan telah pergi ke tempat rawatan lain untuk rawatan alternatif dan mrmberitahu perawat tersebut scan dan mendapati paru2 nya ada pemulihan, katanya seperti bisul yg telah terkeluar matanya. Kali ini beliau dtg utk rawatan komplikasi akibat sihir tersebut yg menyebabkan masalah pada usus kecilnya dan boleh menyebabkan penyakit angin pasang. Keyakinannya bertambah dan menyatakan ingin turut belajar ilmu haq ini.
PANDANG SATU KEPADA YG BANYAK. BANYAK KEMBALI PADA YG SATU JUA.

27/12/2016 - LAPORAN TERKINI SELEPAS SEMINGGU RAWATAN CYST & FIBROID

$
0
0

Baharu dapat message sebentar tadi, berita gembira dari pesakit yg datang dari jauh. Menyewa homestay berdekatan untuk menjalani rawatan selama 3 hari berturut2.
Hasilnya....kesembuhan. Allah SWT hilangkan punca penyakitnya... di sahkan oleh doktor secara pemeriksaan klinikal pula.
Ada bukti dari doktor pengesahan bertulis yg tidak dpt di nafikan lagi....ketumbuhan yg di kesan pada 3 tahun lepas.
Alhamdulillah. DIA Belaka. Al Maunnah, satu keajaiban pertolongan dari Nya jua.

Ada manusia2 yg tidak peduli samada pertolongan itu dari jin atau dari ilmu sihir atau ilmu2 yg tidak di redhaiNya asal matlamatnya tercapai.
Padanya....Al Maunnah tidak penting apatah lagi Karomah yg memang tidak di ketahui...hanya hikmah dari hikmat yg terzahir.
[27/12, 23:01] ‪ Assalamualaikum Tuan.
[27/12, 23:02] Hj Zul: Waalaikumsalam
[27/12, 23:03] ‪Rentetan sesi rawatan tuan tempoh hari.
[27/12, 23:05] Hj Zul: Ada berita baik?
[27/12, 23:06] ‪Sebenar saya dgerakkan hati ke klinik sebentar tadi. Tanpa sebarang harapan tapi tawakal semata.
[27/12, 23:09] Hj Zul: Ya....hasilnya?
[27/12, 23:10] First scan, doc wanita kata fibroid is getting bigger. 5cm ++, cyst hilang.
Saya terimanya dgn tenang sambil bertanya tentang amalan pemakanan yg sesuai.
[27/12, 23:12] ‪Lepas tu saya k tandas. Selesai je doc lelaki minta masuk buat 2 nd scan
[27/12, 23:12] ‪No at all
[27/12, 23:13] ‪No fibroid
No cyst
[27/12, 23:14] ‪ Saya...terkejut.
Doc bg result berbeza.
[27/12, 23:15] Alhamdulillah.
[27/12, 23:16] Hj Zul: Alhamdulilaaaahhhh. DIA belaka...yakin dan tawakal...DIA mengetahui hati hamba2Nya yg percaya kpd kekuasaanNya yg tiada duanya😁😏
Kerana itu pada saya sekalipun kurniaan Al Maunnah ini pada hamba yg diredhaiNya namun bukan pada pesakit yg mensyirikkanNya.
Bukan semua penyakit dapat di sembuhkan kerana asbabnya dari pesakit...nak cuba2...bukan yakin sebenar2 yakin. Datang mencuba kerana perubatan moden, tradisional dan ruqyah syariyyah dah gagal.
Hasilnya....hikmat tidak mendatangkan hikmah yg diharapkan.

RESPONS DARI PESAKIT PATAH KAKI(PAHA)

$
0
0

1/1/2017 - Pesakit ulangan kali kedua datang dari Felda Sg.Koyan Pahang, selepas kemalangan di langgar Hilux, patah paha dan lebam kepalanya kebiruan. Koma selama 3 hari dan selepas sedar baharu dirawat kepatahan dengan di masukkan besi. Pesakit lupa ingatan kerana hantukan yg kuat, sehingga sebelum di bawa jumpa saya masih belum ingat kejadian dan tidak mengenali sesiapa pun.

Sabtu lepas abang pesakit menalipon dan minta dirawat segera selepas keluar wad. Rupa-rupanya Wad di Hospital Kerajaan Temerloh, sejurus dapat keluar terus di bawa kerumah saya. Keadaan kakinya di biarkan tidak bersimen menyukarkan pesakit utk bergerak. Kepalanya masih ada pendarahan dan ibunya bertanya bagaimana harus dilakukan. Kata abang pula pesakit masih tiada ingatan, asyik meracau bila terjaga dari tidurnya. Saya berpesan, balik nanti cari tuala kecil dan basahkan dengan air yg saya doakan dan letak dikepala. Selepas di rawat mereka terus pulang ke Felda Sg.Koyan.

Hari ini abangnya bercerita, selepas di rawat minggu lepas, ingatan dia terus pulih dan sampai di rumah sanak saudara dan rakan2 pesakit kaget, pesakit pulih begitu cepat. Semua yg datang sudah di kenalinya dan ingatannya terhadap kejadian sudah jelas. Ibunya pun di panggil makcik , kerana hilang ingatan. Ramai sedara2 meminta alamat saya untuk turut mendapat rawatan , puas berubat merata sampai tiada keyakinan lagi....." gara-gara ulama suuk yg menyebarkan ruqyah syariyyah wahabi" yg tidak mampu membuktikan apa-apa malah menjatuhkan martabat Perubatan Islam yg syumul dan aula.

Hari ini cerita si abang menarik minat saya. Rupa-rupanya si abang yg membawa adiknya jauh dari Felda Sg.Koyan ini bukanlah "follower" fb atau blog saya malah ceritanya......

" Semasa sedang sarapan di Serdang bersama kekawan, beliau bercerita dgn kekawannya tentang keadaan adiknya yg kronik dan bertanya jika sesiapa tahu perawat yg boleh membantu memulihkan ingatan adiknya dan merawat patah tulang. Tetiba seorang pemuda yg tidak di kenali datang menghulurkan kertas bertulis nama dan no hp saya. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai saya dan terus berlalu. Dgn muka kering berlalu tanpa menjawap ucapan terimakasih dan lambaian tangan si abang pesakit ni. Hairan kata nya. Siapakah hamba allah ini? Kata ibunya, Allah SWT nak tolong, dia datangkan pemuda ini menceritakan pasal tuanhaji. "

Kereta Hilux yg melanggar pemuda ini milik orang kampungnya juga. Selepas melanggar, tidak terus berhenti malah terus kedepan...kemudian baharu berundur, "mungkin tidak dpt elak utk melarikan diri gamaknya". Selepas di marahi orang ramai, baharu dia mengangkat pesakit dan meletakkan di belakang kereta yg terdedah dan berbau dgn kasar dan biadap malah bukan terus ke hospital tetapi balik rumah dahulu. Pesakit terbiar dlm Hilux pengsan, ni melayu kurang ajar yg bernasib baik tidak kena belasah sebab dlm kampung dan orang kampung itu juga.

Di Balai Polis, anggota Polis menolak laporannya dan di suruh datang bersama2 pesakit buat laporan bersama. Yg ni saya puji tindakan anggota Polis yg berhati2 dlm mengambil laporan kemalangan. Kata lawyer pesakit, kes saman ni boleh menang sebab ada saksi melihat driver Hilux sedang menggunakan hp semasa melanggar pesakit.

Cerita si abang pesakit buat saya terfikir siapa pemuda yg memberi maklumat tentang saya. Kata abang pesakit , beritahu Hj. Wan Zul saya hanya hamba Allah. Teringat cerita dulu, ada seorang hamba Allah message dan berkenalan sehingga setahun baharu di beritahu bhw dia dpt no hp saya dari Guru Ghaibnya yg datang bersama Baginda Rasulullah. Guru nyatanya adalah Syeikh Hisham Tariqat Naqsyabandi Haqqani.
Pesakit banyak perubahan kata si ibu dan abang pesakit. Minggu lepas dlm perjalanan pulang sudah terlihat ingatannya pulih serta merta dan kesakitannya berkurangan. Mereka akan datang lagi minggu hadapan, mungkin lebih ramai beserta dgn orang2 kampung yg ingin turut berubat penyakit yg lebih kronik.
Alhamdulillah DIA belaka. Di tunjuki siapa yg di kehendakiNya.....DIA juga menyesatkan siapa yg dikehendakiNya.

BERTEMPUR DGN JIN ISLAM DALAM BADAN SEORANG PELAJAR JURUSAN SYARIAH DAN B.ARAB

$
0
0
2/1/2014 – Seorang pemuda dari Johor menghubungi untuk mendapatkan rawatan, katanya sesak nafas. Saya bertanya, “hanya sesak nafas, takkan nak datang sejauh ini”. Dia kata akan datang juga kerana sudah tidak tahan dengan sakit yg tidak diketahui puncanya ni.

Sesudah sampainya ke Tampin, dia menghubungi memberitahu bhw dia didalam perjalanan dan saya menghantar message memberikan alamat. Sesat juga mencari lokasi namun dengan bertanya beberapa orang, akhirnya sampai juga kerumah saya.


Pemuda ini datang bersama kedua orang tuanya dengan menaiki Mercedes berwarna hitam. Rupa-rupanya ditemani, patut lah sanggup datang dan saya pasti dia mempunyai masalah yg kronik. Dia hanya menyatakan sakit susah nak bernafas, badan tegak tak boleh bergerak dgn cepat, tangan kirinya mcm tak bermaya, di suruh baring, katanya tak mampu baring nanti tak dapat bernafas.


Ibunya menceritakan, ke hospital sudah, segala pemeriksaan sudah di buat, X-ray, scan , MRI ….apo laieee kat hospital tu yang canggih-canggih tolong khabarkan. Dan kata doctor , tiada masalah dan tiada sakit apa-apa. Kata ibunya lagi, dah hamper 7 tahun macam ni , dah puas berubat. Berubat ??? Dengan siapa??? Doktor Pakar, katanya tiada sakit. Ustaz-ustaz??? Takde yg mampu ke merawat sakit hamba Allah ini, kan Rawatan AL Quran itu menggunakan kemukjizatan AL Quran? Apa ayat ruqyah yang di baca itu tidak member I bekas ke???


Tidak mahu banyak bicara kerna pemuda ini pun kurang bicara, menanggung sakit. Saya suruh duduk menyandar di kerusi, terapi dimulakan……….2 Kalimah Syahadah…….zikir…….mulut pesakit terkumat kamit, sekali sekala mengaduh. Kelihatannya bukan sakit fizikal. Sekali sekala terkeluar sesuatu perkataan dari mulutnya, ingin berbicara namun tersangkut.


Terapi di teruskan dan ilham datang menyuruh “sembelih”, pesakit seperti menggelupur mcm lembu kena sembelih. Sah….jin-jin dalam badan sudah kepanasan dan jin-jin ini sekor demi sekor saya sembelih secara simbolik. Tidak guna keris , tidak guna pisau dan tidak guna apa-apa senjata tajam pun. Hanya jari telunjuk sebagai simbolik diibaratkan seperti pisau penyembelih, berkali-kali penyembelihan dilakukan.


Akhirnya, bersuara…..aku dihantar oleh Hj.Jamal….jiran. Kata ibunya, itu lah yg selalu di ucapkan bila di ruqyahkan. Jiran tu marah sebab dia mengaji (membaca quran) dengan kuat. Rumah kat Syria ni katanya hanya terdinding dgn papan nipis. Ooooo…kataku, belajar di Syiria, bidang apa? Syariah dan Pengajian Bahasa Arab, balik kesini dah 2 tahun masa tengah perang dulu, dia diantara 80pelajar yg terkandas di awal berlaku perang di sana, kata ibunya lagi.


Kata ibunya, perawat lain kata ini jin kafir. Kataku pula…..ini jin Islam. Adakah Jin kafir mampu bertahan kalau di bacakan ayat-ayat al quran??? Jin-jin ini marah sebab dia mengganggu ketenteraman orang lain walau MENGAJI tetapi biarlah kalau ibadah tu, kita dengan Allah shj, tak perlu orang lain tahu. Tak perlu tasbih di tangan, tak perlu berpakaian macam orang Arab kalau kita ni melayu, tak perlu gerak bibir …KERANA …ia makanan hati dan hati itu tempat duduknya Roh. Roh sesuatu yg tersembunyi dan ia tidak memerlukan sesuatu yg dinampakkan, yg tersembunyi juga yg akan masuk dan NAIK ketas hadratNya.
Hidupkan hati dengan zikir sir….tidak berhuruf dan bersuara. Pemuda ini mengangguk kepala. Ustaz lah budak ni kalau dah mengaji agama. Kataku lagi, mengaji agama di Universiti tidak mencpai matlamat AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH. Dah habis nanti cari guru pondok sambung belajar Ilmu Ketuhanan.


Terapi terus berjalan….jin-jin ni dan tak mampu bertahan…..”aku nak keluar tetapi kawan-kawan aku ramai” kata jin itu. Kataku, “aku peduli apa , kalau berurusan denganku, aku tiada kompromi, kalau engkau degil nak duduk dalam jugak, terima shj apa yg aku bagi.......tak nak terbakar, keluar lah”. “Aku keluar aku keluar”. Jin-jin ini dudk di dada dan rusuk kiri……..saya tekan rusuk kiri, menjerit jin-jin ini.
Bila pesakit kelihatan tenang, dapat ucap syahadah, saya lepaskan. Sudah nampak gerak badannya selesa , tidak lagi keras, perjalanan nafas sempurna, Alhamdulillah. Saya bertanya, “bagaimana dapat cari saya?” Kata ibunya, “dia cari sendiri”…..kami dah puas berubat ustaz, kali ni dia cari sendiri………Kataku, cari dengan mata hati baru jumpa saya, kalau dgn mata yg buta, takkan nampak.
Malam ni dia memberitahu akan datang lagi. Mahu selesaikan dgn segera sebelum pulang ke Syria.

LAPORAN RAWATAN DRPD PELAJAR KANAN GERAK FAQIR....

$
0
0
3/1/2017 -
Assalammu'alaikum Tuan Haji yang dikasihi Allah
Mohon ampun mengganggu. Sembah si pendosa ini ingin berkongsi hal membantu pesakit terkena sihir pengasih oleh Mat Pakistan. Insya Allah.

Yang terkena sihir ini adalah mak mertua kepada sahabat Ambo yang amat rapat dan sama sama bekerjasama dalam bidang industri hiburan dulu. Antara sahabat yang setia sesah senang bersama. S namanya. Dia pernah bertemu dulu kerana isterinya mengalami keguguran pada kandungan 2 bulan. Dia nikah awal 5 bulan dari Ambo.

Dia pun hairan kenapa dia nak jumpa Ambo sangat pada malam itu. Rupanya ada cerita. Disitulah permulaannya apabila Ambo membantu isterinya. Selepas buatkan solat hajat untuk isterinya, dapat berita sebulan lepas itu isterinya mengandung. Kerana selepas keguguran mereka amat susah nak lekat. Mereka dah cuba banyak kali. Alhamdulillah. Kuasa Allah Maha Esa. Sejak dari itu sahabat Ambo banyak bertanyakan hal agama.

Kes sihir Ibu mertuanya hingga tahap mak mertua mohon cerai dan si ayah mertua menurut saja tanpa sedar. Keluarga mereka panas. Tidak bertegur siapa antara mak mertua dengan suami hinggalah ke anak anak dan menantu. Malah si mak mertua pertahankan si mat Pakistan. Hingga bergaduh dan jadi kes polis. Setelah disiasat maka polis tutup kes sebab ini adalah kes sihir.

Atas izin Allah, Ambo dipanggil bagi membantu. Ambo dan rakan2 gfsk ada bersama membantu. Ambo mulakan dengan si isteri. Ambo buka gerak seperti biasa. Syahadah dan Ambo letakkan tapak tangan. Bergegar dan menggelegak kepala si pesakit. Ambo niatkan buangkan segala perkara tidak baik zahir dan batin. Tangan kiri menarik keluar beberapa kali dan menghancurkannya. Atas izin Allah. Kemudian gerak tutup.

Rawatan diteruskan kepada suami. Ambo syahadah dan doa serta letakkan tapak tangan kepada si pesakit. Kali ni gelombangnya berbeza. Kepalanya bergegar dan berombak seolah otaknya mahu terkeluar. Ambo teruskan zikir dalam hati hingga gelombang itu tenang. Alhamdulillah. Selesai.

Ambo tanya apa pesakit alami semasa rawatan. Kata si isteri bahawa dia tenang semasa rawatan. Kata si suami pula di bahagian kakinya sakit dan bisa ketika rawatan itu. Alhamdulillah. Ianya beransur hilang selepas selesai rawatan.

Hari ni diberitahu oleh sahabat Ambo bahawa mak dan ayah mertua dia sudah sedar. Mereka sudah mula bercakap dan bertegur baik dengan ahli keluarga. Sahabat Ambo pun beritahu bahawa dia sudah mahu meninggalkan dunia hiduran. Sudah banyak dia tolak job dalam dunia hiduran. Dia juga mahu berubah. Luahan ini disaksikan oleh rakan2 gfsk kita. Alhamdulillah. Moga Allah redho kepada mereka seluruh keluarga. Moga Allah ampunkan kelemahan kami. Mohon doa dari Tuan Haji moga Allah anugerahkan hidayah dan petunjuk kepada kami semua. Insya Allah. Allahu'alam.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah...semua dgn izin dan redhaNya, berkat DOA yg tiada terhijab. Tidak ada susah mana pun menghadapi jin2 sihir ni, sepertimana saya, murid2 saya pun yg berjaya menguasai Gerak Faqir Sunan Kalijaga juga tidak ada masalah, menyelesaikan masalah sihir yg bertahun-tahun yg tak mampu di hadapi perawat2 lain.

Kalau dah banyak kali gagal menyelesaikan masalah2 pesakit, muhasabah la diri. Baiki hati, perkemaskan aqidah agar harapan pesakit2 tidak di kecewakan.

Angkat darjat perubatan Islam agar kemukjizatan Al Quran dan kesyumulan kaedahnya terbukti mampu mengatasi apa jua gangguan dan merawat penyakit2 kronik.

Larinya masyarakat dari kaedah Perubatan Islam bukan sebab Islam tu tak bagus, tak baik dan tak syumul tetapi pendukungnya yg tidak punya kelayakan malah lebih temberang drpd membuktikan keajaiban Al Quran. Apatah lagi yg membawa kaedah dan fahaman sesat, menolak penglibatan Yg Ghaib, membuktikan keimanan mereka , iman celup.

PELAJAR SEKOLAH AGAMA DI DATANGI ROH NENEKNYA

$
0
0
9/01/17 -Jam 12 pm, seorang kawan menelefon minta di tengokkan anaknya yg seperti kerasukan, bercakap tiada henti dan tidak mahu tido.

Ku lihat pada anak itu bukan gangguan jin tetapi kemasukan roh yg punya sebab tertentu. Nak di rawat mcm biasa tak boleh sebab roh tiada kesan dgn sebarang teknik rawatan. Layan berbual, tersirat message bhw ada sesuatu nak di sampaikan roh berkenaan.

Selepas di tekan point utama untuk memberi tekanan kepada Roh berkenaan, anak itu menangis kesakitan kemudian meminta kepada ayahnya untuk ke toilet. Ku lepaskan dan izinkan, kesian pun ada. selepas masuk semula ku sembang dengan anak itu, balik nanti citer ngan mak abah apa tujuan dan sebab masuk tubuh anak ini ( kepada roh di dalam jasad anak itu). Cakap satu perkara sahaja, jangan melalut banyak-banyak hal, nanti orang takkan layan . Ku pesan juga kepada bapanya.....dengar betul-betul apa yang dia nak sampaikan, ada sesuatu tu. Jangan kata dia merepek , layan elok2, kataku.

Kul 5.30 ptg, si ayah menelefon memberitahu untuk datang ke rumah malam ni , untuk teruskan rawatan.
9 mlm - pesakit pertama pesakit ulangan, staf Hospital Serdang yang kena ganguan makhluk halus menyebabkan badannya panas dan pening, tidak boleh tido. Selepas di rawat 3 hari berturut-turut, perubahan menurut skala katanya menurun 50% selepas seminggu. Beliau meminta untuk terus di rawat selang 3 hari bagi memastikan segala-galanya "clear".

Pesakit kedua, datang sejurus anak tadi dan keluarganya tiba. Saya minta untuk selesaikan pesakit kedua yang datang membuat rawatan ulangan sementalahan kes anak ini mungkin berlarutan. Pesakit kedua suami isteri adalah Pengusaha Butik Pengantin . Menerima gangguan sakit yang membuatnya tidak bermaya , sakit belakang dan tidak boleh tido. Selepas sekali rawat 3 hari lepas, sakitnya banyak berkurangan dan datangnya dalam keadaan sihat berbanding sebelum berkeadaan tidak bermaya dan agak bongkok kerana sakit belakang. Kepercayaan dan keyakinannya serta nampak perubahan ketara membuat mereka datang lagi berbanding tempat-tempat lain yang hanya cakap banyak tetapi tiada kesan penyembuhan. Isterinya turut di rawat kerana tempias sakit si suami. Semasa merawat kedua ini, si anak tadi agak bosan menunggu, membentak-bentak membuat pasangan ini faham dan minta diri.

Seperti siang tadi, saya ajak borak je namun kemelalutannya payah untuk di fahami. Saya tanya , "Hafal Yaasin? Ikut pakcik baca ya!" Semasa saya membaca Surah Yaasin (dengan hafalan ) saya tengok dia diam je, dok pegang ayahnya. Saya berkata kepada ayahnya, " ini bukti bukan jin di dalam badannya, kalau jin Islam pun pasti ada effect dengan tekanan jejariku"

Isteriku turut keluar bila di beritahu ibu kepada anak ini kenalannya semasa kerja di awal-awal usia muda dahulu. Mereka berbual di hujung sana, saya dan ayahnya serta anak itu di hujung sini. Anak itu berkata, " Nak dengan makcik tu, pakcik ni kasar". Saya senyum je...elok juga heheh.

Bila isteri ku melayan anak itu berborak baharu terkeluar cerita sebenar. Firasat isteri menyebut buat tahlil untuk arwah, "Arwah" datang hendak memberitahu sesuatu yang semasa hidupnya tak kesampaian dan berkecil hati dengan anak-anaknya yang tidak melayannya dengan baik. Selesai....ku berkata, "nak sampaikan ini aje?"

Baharu anak itu kelihatan normal dan mendengar nasihat dari isteriku. Cucu ku menjengok dari balik langsir membuat dia senyum...nampak watak sebenar anak itu..

Ini kes Roh gentayangan yang meminta tolong tetapi rata-rata manusia tidak memahami. Kalau jumpa Perawat Ruqyah, tak habis-habis jin jadi mangsa tuduhan then konon dah buang tapi masih tak berubah. Temberang banyak sementalahan tok guru depa pun tak boleh beza jin dengan roh kata seorang Arifbillah dari Kedah.

Sebelum ni seminggu lepas kes Roh yang di hukum kerana pengamalan ilmu-ilmu sesat sepertimana ilmu-ilmu yang saya perangi di amal nyata sekarang.Nasib baik di hukum penjara ke dalam tubuh anak cucunya bukan jasad haiwan. Namun anak cucunya pun tak kurang dosanya, takde adab dan tak pegang janji, datang sesuka hati pergi pun berlenggang, macam rumah mak bapak dia datang dan pergi.

Bukan semua kes perlu di tolong dan di bantu. Syarat-syarat yang di kenakan pun sebagai tapisan awal sahaja. Kalau berkira awal-awal kena reject. Yg yakin sungguh dan percaya bahawa Allah SWT Maha Berkuasa ....tak banyak songe pun. Banyak kes-kes KARMA, balasan dan kifarah di atas perbuatan sendiri. Namun banyak HIKMAH di sebalik jika di renung sungguh2 dan redha ......................

DIA BELAKA. Saya takkan mendahului DIA dengan scan dan menyembuhkan sakit akibat kifarah. Apa-apa mesti tanya DIA dahulu dan mohon DOA.

PENGALAMAN PELAJAR SENIOR GFSK MELALUI LIKU2 MASYARAKAT JAHIL

$
0
0
14/01/2017 -Assalammu'alaikum Tuan Haji yang dikasihi Allah
Mohon ampun menganggu. Sembah Ambo ingin memenuhi permintaan Tuan Haji berkenaan menulis cerita perkongsian Ambo semalam mengenai hal pesakit. Insya Allah.

*Pesakit 1.*
Selalu lihatnya di Masjid. Tapi tidak bertegur. Lepas solat Maghrib, Ambo diperkenalkan kepada pesakit oleh kenalan di Masjid. Khabarnya memerlukan bantuan. Setelah bertemu maka pesakit menceritakan halnya.

Katanya pesakit selalu nampak harta di rumahnya. Sebuah peti perak yang di kanan tertulis nama Allah dan kiri nama Muhammad. Pesakit telah lama mencari orang yang boleh mengeluarkan harta tersebut. Katanya anaknya telah mendapat habuan tunai sebanyak RM 50. Jadi meyakinkan lagi pesakit akan harta itu dan sungguh teruja. Pesakit suruh Ambo keluarkan dan akan beri sedikit dari harta itu. Ambo jawab Ambo tak berminat. Pesakit kata, _*"Dalam semua orang saya jumpa awak orang pertama kata tak minat."*_ Ambo senyum saja. Ambo tanya kembali, _*"Ada apa pada harta itu kalaupun selangit emas Tuan?"*_

Pesakit kata itu harta keturunan dan rezeki serta amanah kepada dia. Firasat yang sampai ke hati adalah ini semua adalah tipu daya jin. Ambo beritahu dengan baik, _*"Tuan, saya tak nak lukakan hati Tuan. Saya kena jujur kerana Allah. Ini semua angkara Iblis Tuan. Tuan telah tertipu."*_

Wajahnya berubah. Seperti biasa pandangan sinis ke atas dan bawah hadiah untuk Ambo. Alhamdulillah. Siapalah Ambo. Maka perbualan tamat disitu. Setiap kali jumpa di Masjid maka pesakit akan menceritakan lagi hal harta itu dan pesakit cuba sampaikan message kepada Ambo iaitu Ambo salah tentang hal harta itu. Ambo senyum saja. Pesakit mencari orang yang boleh keluarkan harta itu hingga ke Indonesia.

Takdir Allah, pada waktu Maghrib, pesakit berlari berjumpa Ambo. Mukanya resah. Tak tentu arah. Ambo tanya dengan senyum, _*"Kenapa Tuan?"*_. Jawab pesakit bahawa memang benarlah selama itu tipu daya Iblis. Anak perempuannya diganggu oleh makhluk badan berbulu hitam lebat, besar, dan wajahnya tak nampak. Makhluk itu mahu merogol anak pesakit. Pesakit sudah baca ayat Kursi tapi jin tu tak berganjak.

Maka Allah lintaskan di hati Ambo. Ambo kata, _*"Tuan sampaikan salam saya kepada anak Tuan ya. Katakan dari saudaranya Mohammad , anakanda Tuan Haji Wan Zul Al Kubro. Tutup dengan selawat."*_

Maka pesakit balik rumah. Dalam 5 hari tidak bertemu. Maka pada waktu Maghrib hari ke 6 kami bertemu. Wajahnya ceria. Senyum lebar. Pesakit terus tarik tangan Ambo dan salam serta ucap terima kasih. Ambo tanya, _*"Ada apa ucap terima kasih pada saya Tuan?"*_. Katanya, _*"Alhamdulillah. Saya dah sampaikan salam seperti awak suruh. Makhluk tu terus lari. Sejak pada itu saya baca ayat Kursi baru jin tu kelam kabut lari. Sebelum tidur anak saya akan baca ayat Kursi. Tak diganggu lagi. Saya sebelum keluar rumah baca ayat Kursi dan dao. Saya rasa berani. Terima kasih sebab beri semangat pada saya. Awak belajar ilmu apa?"*_
Ambo senyum saja. Ambo kata ilmu Islam. Ambo gembira melihat pesakit sendiri ada kekuatan dan yakin kepada Allah dalam berdepan hal begini.

*Pesakit 2.*
Pesakit ini pula selalu di Masjid dan tidak pernah bertemu. Kenalan di Masjid betikan nombor untuk berhubung. Pesakit whatsapp kepada Ambo. Dan menceritakan halnya. Pesakit mahu bertemu di rumahnya.
Sebelum itu, dalam whatsapp Ambo telah dapat soalan iaitu, _*"Awak buat ruqyahkan?"*_. Ambo bertanya kembali apa maksudnya. Katanya ruqyah seperti yang lain. Maka Ambo jawab Ambo tidak ruqyah. Pesakit diam lama dan tidak membalas whatsapp. Esoknya pesakit whatsapp lagi dan bertanya soalan sama. Maka Ambo beritahu Ambo doa dan zikir saja. Semuanya dengan Kehendak Allah. Ambo ditanya dari pusat rawatan mana? Ambo jawab Ambo bukan perawat. Cuma hamba Allah dan mahu membantu saja. Pesakit rasa was was tapi masih bertemu.

Ambo, Ras dan Zal ke rumah pesakit di Sentul. Kami disambut baik. Seperti biasa, pandangan penuh persoalan kerana kami tidak berjubah berserban, malah hanya lenggang kangkong bak kata orang tua. Pesakit tanya, _*"Nampak apa apa tak dalam rumah saya? Rasa apa apa tak?"*_. Ambo jawab jujur bahawa Ambo tak tahu apa. Berubah mukanya seolah Ambo ni cakap kosong saja. Tak apa. Alhamdulillah.
Pesakit menceritakan bahawa dia selalu didatangi cahaya. Nampak kalimah Allah bercahaya. Nampak huruf Lam Alif bercahaya. Cahaya berkelip kelip sentiasa mengiringi. Dan sentiasa mendapat *"firasat"* jika isteri atau sesiapa mahu aniayanya. Ambo diam dan mohon petunjuk kepada Allah. Firasat Ambo mengatakan bahawa itu adalah mainan jin. Seperti biasa, hadiah jelingan sinis atas bawah serta muka berubah. Alhamdulillah.

Kami tidak lakukan rawatan pada isterinya. Kami terus pulang. Sedari itu, pesakit terus berhubung melalui whatsapp memberitahu perkembangan. Satu hari pesakit suruh Ambo carikan pusat rawatan ruqyah. Ambo faham pesakit memandang rendah dan cuba mengajar Ambo. Tapi tak apa, Ambo bantu mana yang mampu. Ambo berikan contact perawat ruqyah. Pesakit terus berkongsi cerita berkenaan hal cahayanya dan nampak itu ini dan cuba memberitahu Ambo bahawa Ambo salah. Ambo senyum saja.

Atas kuasa Allah, pesakit berkongsi. Katanya, semasa kami hadir dirumahnya, isterinya tidur dan tidak berdengkur seperti kuda. Biasanya akan berdengkur seperti kuda. Tetapi setelah dipanggil untuk rawatan ruqyah maka bunyi kuda itu semakin kuat. Ambo jawab, _*"Saya tak tahu Tuan. Saya bukan perawat. Saya tak nampak. Saya tak dengar."*_. Pesakit seolah malu dan cuba berbaik. Semalam hari Jumaat 13hb Jan, semasa berada dirumah Tuan Haji, Ambo dapat whatsapp dari pesakit mengatakan bahawa Ambo benar, semua itu adalah gangguan dari Iblis. Dia agak kecewa. Tapi Ambo beri kata kata semangat kepada pesakit dan mohon doa bertaubat kepada Allah.

Ambo katakan, _*"Tuan dengar bisikan itu seperti arah kebaikan, tapi Tuan tanpa sedar hati Tuan penuh hasad dan dendam kepada isteri dan yang lain. Itu salah satu petanda tak baik. Bisikan itu adalah batil. Sepatutnya yang Haq itu membentuk hati Tuan ke arah kebaikan. Bisikan tu nak hancurkan keluarga Tuan."*_

Pesakit mengatakan bahawa DIA NAMPAK JALAN YANG LURUS ITU IAITU CAHAYA YANG BERKELIP KELIP. Pesakit layan cahaya itu hingga ke waktu Subuh. Ambo katakan bahawa itu Iblis. Akhirnya si pesakit nampak wajah sebenar disebalik cahaya cahaya itu. Atas izin Allah. Maha Suci Allah.
Maha Suci Allah. Moga Allah ampunkan kelemahan Ambo. Moga Allah anugerahkan hidayah dan petunjuk kepada Ambo dan seluruh keluarga pesakit. Mohon doa dari Tuan Haji. Ambo tumpang barokah Tuan Haji sebenarnya. Teruskan mendidik Ambo ...
------------------------------------------------------------------------
Minda masyarakat yg di rosakkan dgn permainan syaitan dari alam ghaib, scan sana sini. Nampak itu ini......tipudaya belaka.
Selagi jiwa dan hati berkeladak dgn pelbagai kehendak, jadi makanan syaitan la dan mangsa temberang perawat ruqyah.

SAKA NENEK SERI WAJAH

$
0
0
3/3/2017 -Baharu selesai buang saka ilmu . Menghantui anak gadis yg menyanggupi hasrat neneknya sebelum meninggal. Sudah 10 tahun, merosak kehidupan anak gadis ini.

Menjerit sakan bengit telingaku bila ku tekan belakang telinganya, ku tutup jalan keluar dan kunci tubuhnya dan zikir terus menerus meminta pertolongan Ilahi agar saka ini diputuskan dgn menyiksa jin2 itu dgn tenaga elektrik Ilahiyyah.

Rupa2nya memang dia tak mampu keluar kerana tiada jalan keluar. Ku tutup semua pintu keluar walau dari arah ia masuk. Siksaan ku tak mampu dihadapinya, nak keluar tak boleh.

Ku tahu Allah SWT hanya mengizinkan aku tarik keluar dan terus mengurungnya. Ku suruh ia syahadah berkali2 sehingga lancar. Air mukanya berubah. Cerianya tampak benar berbanding semasa datang kelihatan sombong dan ketakutan.

Ku tanya abang2nya di mana berubat sebelum ni. Hmmm tiada tempat lain masyarakat tuju selain tempat ruqyah yg membekalkan garam dan lada hitam sebagai tangkal pendinding.

Cakap aje pandai, buangnya tidak ( tak mampu pun). Aksyen je lebih. Patut di tutup je Pusat Rawatan bertopengkan agama ni.

Rawatan tak sampai sejam disaksikan keluarganya dan murid2ku. Mudah shj...tiada proses rumit, tiada prosedur khusus, tiada guna rotan atau karate , tiada guna tangkal garam dan lada hitam.

Hanya kpd Allah SWT aku bertawakal dan.meminta pertolongan. Mereka pulang dgn gembira, nak singgah makan dahulu kasi pesakit basahkan tekak dan isi perut heh.

Apabila bersandar kpd Allah SWT semata, mudah belaka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------


4/3/2017 - LAPORAN MURIDKU YG MENYAKSIKAN RAWATAN SAKA NENEK SERI WAJAH SEMALAM.

[04/03, 07:47] Ustaz : assalamualaikum abi..maaf ganggu..sy nak share respon komen kwn ttg adip ipar dia semalam

SHARING DARI ABG PESAKIT:-

[04/03, 07:47] Waalaikumsalam....
Alhamdulillah bil... masuk kater tido...
Sampai umah je makan... pastu nk minum.. haus gile katanya...
Aku try cucuk pasal kawin die ok.. xmcm masa xbtul sblm ni...

[04/03, 07:47] Cme makin kuat glak... ade ttekan wayar salah kot...

[04/03, 07:47] Ustaz : terima kasih abi banyak benda sy belajar semalam




[04/03, 09:56] Hj ZuL : Wsalam

[04/03, 09:56] Hj Zul : Alhamdulillah. Apa pengajaran dpt semlm.

[04/03, 10:53] Ustaz : pengajaran yang sy dapat semalam

bab rawatan :
-sebagai perawat kena tenang,yakin tanpa ragu2 kaedah gfsk adalah kaedah yang diredhai olehNya,tidak seperti perawat darul2 di luar sana berpewatakan di luar gaya mcm alim tp xkenal tuhan pun.Abi merawat tanpa bergerak ke sana sini hanya tangan diletakkan di kepala dan dibelakang telinga.

-kalau ikutkan abi boleh sahaja buang makhluk tu sekelip mata dengan izinNya tp abi mengajar dan tarbiah dulu makhluk tu dgn niat mengajar makhluk supaya serik tidak mengganggu lg dengan menutup jalan keluar,berzikir tanpa henti dengan dialirkan arus elektrik zikir itu pada makhluk itu.

-abi merawat tiada menggunakan kekerasan pun seperti yang diluar memukul dan mengkarate pesakit yang sudah sedia sakit sian sangat bila tengok..

-abi menjaga batas dalam rawatan aurat pesakit terjaga..

-sngguh sy tidak nampak sedikit pun keletihan di wajah abi malah tersenyum sahaja hadapi keadaan pesakit..

-pertama kali saya melihat rawatn pesakit yang meraung2 dengan kuat sebelum ni abi cerita je tp kali ni sy saksikan sendiri

[04/03, 10:58] Ustaz : terima kasih abi beri ruang utk sy belajar..doakan sy moga sy sentiasa istiqamah di jalan kenabian di bwh GFSK kendalian mursyid yang sy kagumi Abi@Tuan Guru sy

2/5/2017 - Kes sihir hasad dengki bekas makcik

$
0
0

Mlm tadi di datangi pesakit mengadu di sihir sudah 5 tahun. Sudah tak tahan menanggung seksanya sebab anak2 dan suami turut menanggung akibat sikapnya yg berubah menjadi panas baran dan sakit2.
Mulanya semasa bertanya, saya kenakan syarat ada fidyah dan di rawat 3x berturut. Beliau keberatan kerana dah puas berubat baik yg mengenakan bayaran mahu pun yg tidak, tidak mampu memulihkannya. Habis kuat bertahan 3 minggu sahaja.
MOU tidak di persetujui maka tiada urusan berlaku. Hampir sebulan beliau menghubungi semula , setuju dgn syarat dan ingin terus datang berubat.
Duduk sahaja berhadapan kami bercerita. Saya bertanya berubat di mana sebelum ni, lalu di ceritakan pusat rawatan itu dan ini. Hmmm...tempat2 yg mengamalkan ruqyah, guna garam, lada hitam dan kepit ibu jari. Kenapa tak baik dan pulih? Tanya saya dan tak boleh di jawab.
Saya pun beri tazkirah kefahaman bab tauhid dan iktiqad. Pesakit menunjukkan tangannya menggigil. Kataku....cakap banyak tak guna, ku buktikan cara dan kaedah yg di redhai.
Pesakit berbaring.....baru letak tangan tak sampai seminit. Baru bersyahadah belum berdoa, Jin sihir dah bangkit.
" Adoiii...saaakiiit..."
" Aku keluar...aku keluaaaaarrrrrr".
Aku diam je meneruskan zikir dan melihat resksinya dan suami.
"Aku tak boleh keluar.....tuan aku tak bagi...."
"Sapa tuan kau.........?"
" Ma........... bekas makcik...?"
"Bekas makcik? " tanyaku dan suaminya mengangguk.
" Aku tak boleh keluar....tak nampak jalan".
" Jangan temberang, kau boleh masuk mesti boleh keluar".
" Aku tak boleh.....roh aku di kapankan di Sumatera, kena pergi sana".
" Jangan dok temberang dgn aku......tak keluar kau sakit".
Pesakit muntah dan batuk berkali2....ku angkat badannya duduk dan ku sandarkan lutut di belakangnya. Penyiksaan di teruskan...pesakit ( jin2) nak gelak pun tak berdaya, nak temberang lagi...ku tekan lagi...meraung melolong macam pesalah di ikat di kerusi dan di alirkan arus elektrik. Kalau tak keluar, mati la. Pesalah zaman kini pun hukumannya di alirkan arus elektrik sampai mati di Negara Barat sana.
Nak temberang bagai jin2 ni...dengan Hj.Wan Zul Al Qubra, " don't play play". Lu langsi lu mati ma......
Akhirnya......suaranya bertukat lembut....." sakit sakit ustaz". Ku lepaskan , ku suruh bersyahadah 3 kali. Lancar....jelas....jin2 itu ambil lsngkah seribu.
" Tak sampai 5 minit pun kan?" Kataku.....pesakit dan suaminya mengangguk. Lihatlah....kesaksian kamu terhadap kata2 dan tulisanku selama ini. Ilmu haq mampu mengatasi apa shj...baik penyakit medik apatah lagi gangguan sihir dan saka.
Kamu bandingkan kaedah ini dgn mana2 kaedah "Rawatan Islam" yg di dakwa dakwi sana sini yg kamu pernah kunjungi. Al Quran yg kamu dok baca hari2.....apatah lagi yg mengajar sana sini.....buktikan ia meresap ke hati dan memberi kekuatan kepada jantungmu.
Jantungmu yg berisi khasiat zikir itu menjana kekuatan tenaga elekrik dan solar(aura) yg mampu kamu " jumper" kepada pesakit medik dan gangguan2 jin dgn mudah sahaja...menyembuhkan dan mengusir makhluk2 halus yg duduk dlm urat saraf.
Macam bateri kereta kong. " Kaedah Jumper" tak sampai seminit pun bateri itu hidup semula.
Tak perlu pembedahan yg memutusksn urat saraf yg mengeluarkan darah yg byk yg boleh mengakibatkan kematian ( mati sebelum ajal - roh gentayangan).
Tak perlu jampi mantera/ ruqyah syirik. Tak perlu support bahan2 alami apatah lagi dadah ciptaan Yahudi.
Pelajar baharu, baru tiba. Bekas perawat dari pertubuhan yg di sahkan haram dan sesat oleh mufti n.sembilan. " Kamu terlambat utk menyaksikan kaedah saya yg ingin kamu saksikan dan yakini....hanya 5 minit shj tadi".
Berbaiah dan mengambil ijazah amalan pelajar ini dan turut ku tazkirah kan kefahaman Tauhid dan Sifat 20 pegangan ahlulssunnah wal jamaah.

Merawat pesakit yg di serang dan di tawan guru sendiri( 18/5/17 - hari ke 3)

$
0
0

Banyak kes-kes sebegini ku terima. Guru sesat bila di datangi sang murid, terus di cekup secara rohani. Berulang lah murid ini mengunjungi gurunya, yg asalnya mahu berubat di cekup jadi murid then di peras hartabenda.
Bila dapat lari dan berubat di tempat lain, serangan demi serangan di hantar. Samada untuk menarik kembali atau mati. Guru2 ini tersohor di internet. Bercakap ilmu hebat2 dan menonjol2 kan kehebatan ilmu baik persilatan mahupun perubatan.
Aku byk mendapat aduan tentang kesesatan ilmu silat dan perubatan malah kesesatan aqidah para2 ustaz yg meminta pertolongan jin2 direct or indirectly. Bukan semua pesakit tu sakit akibat dosa2nya sendiri tetapi ada juga ujian buat penyucian rohani. Di sini hijab matanya di buka dan di perlihatkan kebatilan ilmu tok guru perawat2 tersebut.
Pesakit dari Brunei keturunan kerabat di raja, di perlihatkan kpdnya 3 gambar guru2 perubatan Islam yg tersohor disini bertanduk 2 di pusat rawatan cawangan Brunei. Malah di bukakan screen hijab dan di perlihatkan akan daku dan di suruh dtg menemuiku. Screen gambarku didepan rumahku. Bila sampai, gambaran itu tepat dan rawatan hari ke tiga di perlihat Allah SWT kpd pesakit isteriku yg memandikannya, ular naga didalam badannya gugur berkepingan.
Pesakit terus sihat dan bila di susul beberapa bulan kemudian...gangguan itu sudah tiada. Malah kepulangannya ke Brunei di datangi seseorang yg tidak dikenali, di suruh ziarah makam Sultan Brunei yg pertama.
Tok2guru tersohor ada juga kesesatannya terutama dari segi aqidah. Bila dah meninggal ada mursyid lagi arif bermimpikan keadaan mereka di neraka. Hidup mereka menyesatkan dan memecahbelahkan ummah, pastinya matinya menerima balasan setimpal. Akhir hayatnya dia sudah di nampakkan dosa2nya nsmun terlambat kerana dia tak mampu membawa umat yg di sesatkannya kembali ke jalan benar.
Guru2 silat lagi la banyak. Amalan2 yg byk membawa kpd dampingan khadam2 jin terutama Silat2 Kebatinan. Secara tidak di sedari, amalan2 yg di bawa membawa pengamal lagi jauh dari Allah SWT bukan mendekatkan. Lihat sahaja yg berlaku depan mata kita terpampang di dada akhbar.
Ku lihat ada budak hingusan mencabar pulak. Umur baharu setahun jagung merasa diri cukup hebat. Ramai pengikut belum tentu hebat, 1000 tentera Mekah pun kalah dgn 313 tentera Badar yg lemah fizikalnya. Apa yg penting tauhid dan hati yg di bersihkan , bantuan dari langit datang tidak di duga. Ramai pengikut yg bergelumang dosa akan memusnahkan kumpulan itu sendiri.
Tidak ia sedar langsung bahawa 2 bekas murid kanan gurunya berguru dgnku. Murid terawal yg menyusun silibus yg ia dok ajar kini. Murid tua yg nampak kesesatan gurunya dah lari, dia pulak berlagak samseng. Malah ada syeikh tariqat yg di iktiraf orang2 politik dan bergurukannya pun mengesahkan pengamalan mereka menggunakan jin2.
Cuba cermin lah diri dan pergi lah mengadap para2 ulama tauhid dan para Arifbillah.....yg dpt melihat terus ke hatimu. Ramai ustaz2 tersohor dan para tokguru yg mengadap Arifbillah ini, kena smash direct dihadapan pengikut2 mereka. Di situ baru kau tahu langit tinggi mana.
Malah nasihatku kepada para2 guru baik ilmu silat, perubatan apatah lagi guru2 agama, jumpalah para Arifbillah yg boleh menilik hatimu, agar di yakini ajaranmu benar dan tidak menyesatkan.
Murid2 ku yg ku tarik balik ijazah dan putuskan sanad ilmu bukan di buat sesuka hati. Kami di pantau yg ghaib malah ramai pun di kalangan kami yg terbuka hijab utk membenarkannya. Kebenaran terbukti sejurus terbuang dari perguruan....kesesatan aqidah mereka yg tak dpt di perbetulkan kerana niat yg tidak ikhlas dan kemaksiatan yg terpapar secara di sedari atau tidak.
Guru yg mengajar silat dan perubatan shj....mungkin tidak rasa perlu bimbingan mursid Arifbillah tetapi pembimbing rohani perlu pengiktirafan 3 wali hidup dan 3 wali ghaib sekurang2nya. So....bercakap biar beradab.
Jgn sampai kata2 biadap itu memakan diri sendiri kerana kejahilan . Menyesal kemudian tiada gunanya.

ORANG MUDA SUDAH PAKAI TONGKAT...

$
0
0

Kalam Habib Hassan Bin Muhammad bin Salim Al-Attas, (Imam Masjid Ba' Alawi), ini saya kongsikan ketika ziarah ke Singapura baru-baru ini:

1- Zaman sekarang, ramai Ustaz muda yang balik timur tengah tidak membawa ilmu tetapi membawa budaya timur tengah, mengenepikan budaya dan adat setempat. Sehingga dilihat mereka ingin memperketengahkan budaya disana.

2- Pada usia yang muda, sudah mula memakai serban yg besar, tongkat dan pakaian-pakaian Ulama yang lain, dengan alasan mengikut Sunnah. Ia bagus. Walhal yg disitu membuahkan kibir (bangga diri), sedangkan kibir itu bukan dari agama. Dan Sunnah yang paling besar adalah akhlak.

3- Fenomena ini juga membawa suatu budaya yang suka menghukum. Di mana mereka suka menghukum ini haram, ini bid'ah, tiada asal dan sebagainya.

4- Al-Habib menyatakan bahawa fenomena golongan ini adalah kerana memahami agama hanya satu sisi sahaja. Tidak memahami agama secara keseluruhan. Misalnya, mereka memahami hadis itu hanya pada satu sisi saja, dan mengenepikan aspek sirah dan sejarah di dalam mengimbangi dan mengeluarkan hukum. Ini membawa maksud perkembangan zaman membawa kepada perkembangan hukum yang berbeza.

5- Soalan daripada Habib Hasan: "adakah kita lebih alim dari nenek moyang kita dulu? mereka orang tua2 dahulu (perempuan)/ nenek2 kita hanya memakai selendang saja ketika itu, tidak di tegur oleh ulamak ketika itu, kerana mereka lebih memahami keadaan suasana ketika itu. Dan mempunyai adab yang sangat halus.

6- Agama itu membawa tauhid dan akhlak. Akhlak orang dulu walaupun bukan satu agama, tetapi mereka menunjukkan akhlak yg baik.

7. Dahulu, orang Melayu , Cina dan India boleh duduk bersama tanpa bergaduh. Orang India boleh hantar anaknya di didik oleh orang Melayu kerana percayakan Melayu. Dan orang Melayu boleh makan makanan cina di kantin ketika itu dengan yakin kerana orang Cina faham dan hormat agama kita.
8. Sekarang bagaimana? Yang ada hanyalah pakaian dan penampilan yang indah tetapi kosong dengan akhlak dan adab. Umat sekarang kalah dan tewas pada akhlak dan adab.

Copy atas copy....

FIGHTER MMA INGIN BELAJAR SILAT GERAK FAQIR SUNAN KALIJAGA.

$
0
0

Minggu lepas di hubungi oleh seorang pemandu teksi untuk membawa seorang Arab Tunisia warga Perancis untuk berguru. Katanya Arab ini datang ke sini untuk belajar 2 jenis Martial Arts iaitu Judo dan Ju Jitsu kalau tak silap. Pemandu teksi berbangsa melayu ini seorang ahli Nasrul Haq dan memperkenalkan Silat GFSK ini kepada beliau. Katanya kenapa tidak mempelajari Ilmu Silat yang lebih kepada Islam daripada Martial Arts lain yang hanya menekankan latihan fizikal semata.

Hati saya berat untuk menerima kerana pertamanya masalah komunikasi dan keduanya takut-takut dia akan menyebarkan ilmu ini ke negaranya tanpa izin.

Walaubagaimana pun si pemandu teksi ini memujuk juga untuk bertemu dan semoga dapat beri penerangan kerana beliau sudah berjanji dengan kawannya itu. Hari di janjikan namun hampir sejam mendekati waktu, pemandu teksi tersebut memaklumkan bahawa Flight delay dan beliau mungkin lambat akan membawa kawannya itu kawannya kerumah. Oleh kerana lewat malam maka saya cadangkan beliau datang pada hari kami adakan pertemuan (jemaah Gerak Faqir).

Esoknya pemandu ini memujuk untuk membawa kawannya pada malamnya namun saya tolak kerana pesakit pada malam itu ramai sekali. Beliau meminta saya cadangkan nama murid saya yg boleh beliau berhubung untuk penerangan.namun sempat saya bagi sedikit penerangan syarat-syarat utama untuk mempelajari Ilmu Gerak Faqir Sunan Kalijaga ini sekiranya ingin menguasainya :

1/ Mahar perguruan seumur hidup.
2/ Meninggalkan perbuatan dosa dan bertaubat akannya.
3/ Mengamalkan dan menghidupkan amal ibadah sunnah dalam
kehidupan seharian.......setakat mampu terutama :
* Solat Malam.
* Puasa sunat
* Banyakkan bersedekah.
4/ Meninggalkan amalan ilmu-ilmu terdahulu , jangan di campur-
campur. Ini menjadi kepantangan di mana-mana perguruan.
5/ Sebaiknya kosongkan diri , jangan dicampur dan jangan di
banding kan dengan ilmu-ilmu terdahulu. Ilmu Gerak Faqir
Sunan Kalijaga adalah ilmu amalan Mbah Sunan selepas
beliau di angkat sebagai Wali Songo. Lalu untuk
menguasainya bukan semudah latihan Silat Fizikal yang
memerlukan stamina yang tinggi tetapi memerlukan jiwa yang
telah di sucikan. Fizikal lemah tidak mengapa (kerana
berpuasa) tetapi Rohani akan meningkat kekuatan
Cahayanya.
6/ Kerap datang perjumpaan kerana di sini tazkirah kefahaman
Tauhid Tasauf akan di berikan dan kefahaman bagaimana
kaedah dan teknik Gerak Silat serta kaedah perawatan di
lakukan.

Rupa-rupanya si pemandu teksi ini tidak pun menghubungi murid kanan saya kerana beliau faham benar dan jelas akan keterangan itu.

3 hari selepas itu saya pula di hubungi seorang Guru Silat lain yang juga seorang perawat ingin bersahabat, memulakan perkenalan dengan cerita si pemandu teksi dan Fighter MMA ini yang di beritahu kepadanya.Dia mengaku takkan mampu bawa ilmu saya kerana Solatnya pun tertinggal-tinggal manakala di pihak guru tersebut, banyak soalan asas dari segi syariat pun gagal di jawab.

Wahai jiwa, sekiranya masih ada dunia di hatimu, lupakan lah hasratmu. Ilmu ini bukan boleh di gunakan di dalam pertandingan tempur MMA, Ia Ilmu untuk Mengenal Allah SWT dan mendekatkan dirimu padaNya.
Viewing all 209 articles
Browse latest View live